Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zia Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
  • SUKAN

Zia Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia memulakan kempen mempertahankan gelaran juara Terbuka Artik dengan menyingkirkan pemain Perancis Christo Popov 21-15, 21-11 di Energia Areena, Vantaa, Finland hari ini.

Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.

Pada pusingan kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis itu akan berdepan pemain Jepun Yushi Tanaka yang menewaskan Lei Lan Xi dari China 21-17, 27-29, 21-16.

Zii Jia, 26, memenangi gelaran itu pada Oktober tahun lepas setelah menewaskan rakan senegara Ng Tze Yong pada final, sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama 17 bulan dalam Jelajah Dunia.

Sejak memenangi gangsa Sukan Olimpik, Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama dalam dua kejohanan Jelajah Dunia berturut-turut iaitu Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Bagaimanapun, seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tersingkir awal selepas tewas 19-21, 9-21 kepada pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak tubuh unit pembangunan sukan OKU
Next: Liverpool tanpa Alisson selama enam minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.