Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zaidatul husniah tarik diri sertai terbuka Malaysia kerana hamil
  • SUKAN

Zaidatul husniah tarik diri sertai terbuka Malaysia kerana hamil

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELARI pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Pelari pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli sah tidak mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 19 hingga 21 Jun.

Perkembangan itu diumumkan Olahraga Malaysia (MA) menerusi hantaran Facebook hari ini, yang memaklumkan ratu pecut negara tersebut membuat keputusan menarik diri selepas disahkan hamil.

“Tahniah buat ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli dan suami Muhamad Firdaus Mazalan atas rezeki yang amat bermakna ini. Difahamkan kandungan kini hampir memasuki usia tiga bulan. 

“Susulan khabar gembira ini, Zaidatul tidak akan beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026,” menurut hantaran itu.

MA turut mendoakan Zaidatul diberikan kesihatan yang baik dan semua urusan dipermudah sehingga saat melahirkan anak.

“Selamat menikmati fasa indah sebagai bakal ibu. Malaysia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Zaidatul sekeluarga dan menantikan kepulangan anda ke trek apabila tiba masanya,” menurut hantaran itu.

Zaidatul yang memegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) ialah juara bertahan bagi acara 100m dan 200m pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: Jepun mahu tunjuk peningkatan menentang Belanda
Next: Penjaga gol Jerman Neuer terkenang ‘walkman’, sukar fahami slanga moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.