SKUAD wargakota, Kuching City FC memanfaatkan kelebihan beraksi d lubuk sendiri apabila berjaya mengutip tiga mata penuh ketika turun menentang pasukan pelawat Kelantan.
Persembahan di babak pertama perlawanan sedikit seimbang dengan beberapa percubaan namun ketumpulan bahagian hadapan menjadikan kedua pasukan gagal mencipta sebarang gol.
Babak kedua, Kuching City tampak lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan ke gawang lawan.
Usaha itu membuahkan hasil apabila gol sulung Kuching City muncul pada minit ke-66 menerusi Yuta Suzuki hasil umpanan cantik pemain yang memakai jersi nombor 91, Hudson Dias De Jesus.
Tidak mengambil masa lama Yuta sekali lagi meledak gol kedua buat Kuching City selang empat minit kemudian.
Rembatan cantik Yuta dari sudut panalti sebelah kiri gawang Kelantan berjaya menewaskan penjaga gawang, Abdul Arif Abdullah.
Kelantan yang tersentak dengan dua jaringan oleh tuan rumah cuba mengandakan asakan dengan beberapa percubaan berbahaya namun gagal menembusi benteng Kuching City.
Tamat masa perlawanan, Kuching City dengan jaringan 2-0 ke atas Kelantan.
Kemenangan itu merupakan kemenangan kedua Kuching City selepas kemenangan pertama dicatatkan ke atas pasukan Sarawak United.
Selepas lapan perlawanan, Kuching City berada di kedudukan ke-11 carta liga di belakang Sarawak United dengan tujuh mata berjaya dikutip selepas lapan perlawanan.