Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Yuran pendaftaran RM1,500: Universiti Awam diminta patuh ketetapan
  • NASIONAL

Yuran pendaftaran RM1,500: Universiti Awam diminta patuh ketetapan

Utusan Sarawak 2 years ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) menyerahkan Anugerah Tokoh Akademik Negara kepada Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman dari Universiti Malaya (UM), pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2023 ke-15 di Kuala Lumpur, semalam. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Universiti awam di negara ini diminta mematuhi ketetapan kerajaan untuk mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024. 

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, kementerian itu akan mengambil tindakan sewajarnya. 

“Bagaimanapun saya percaya apabila ada arahan dan keputusan jelas, unversiti tidak akan melanggar arahan tersebut. (Kalau langgar) tunggu kementerian datang,” beliau berkata dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pasaran Kerja Graduan (PPKG) anjuran KPT dan Universiti Putra Malaysia (UPM).  

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bermula Januari tahun depan yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerjasama KPT, industri tingkat jumlah siswazah capai gaji minimum
Next: 27.4 peratus penduduk Malaysia kanak-kanak bawah 18 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.