Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • YPS terus pelihara warisan budaya menerusi Kem Sape
  • TEMPATAN

YPS terus pelihara warisan budaya menerusi Kem Sape

Utusan Sarawak 5 months ago

SEMPURNAKAN... Datu Aloysius J. Dris menyempurnakan gimik penutupan Kem Sape YPS 2024.

PETRA JAYA: Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh perpaduan, memelihara warisan budaya, dan membentuk bakat generasi muda menerusi program tahunan Kem Sape YPS. 

Ketua Eksekutif YPS, Datu Aloysius J. Dris, dalam ucapan penutupnya hari ini, memuji usaha dan pencapaian 20 peserta kem yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, termasuk Sino-Kadazan, Orang Asli, Kelabit, Iban, Bidayuh, Melayu, Cina, Sekapan, dan Melanau.  

“Program ini bukan sekadar satu aktiviti; ia mencerminkan misi bersama kita untuk menyemai perpaduan, memelihara warisan, dan membentuk bakat. 

“Selama tujuh hari, 20 peserta bukan sahaja mempelajari teknik bermain Sape, malah mereka juga mencipta dan merancang instrumen sendiri, menggubah muzik, meningkatkan keyakinan diri, serta mengasah kemahiran komunikasi,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis graduasi Kem Sape YPS 2024 di Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri – Isteri(SABATI), di sini, hari ini. 

Aloysous berkata pengalaman tersebut melangkaui pengetahuan teknikal. 

“Lebih penting lagi, para peserta membina persahabatan yang melangkaui batas kaum, budaya, agama, dan geografi. Ini adalah asas kukuh untuk perpaduan yang lebih erat di kalangan generasi muda,” tambahnya.  

Pada majlis itu, peserta kem secara rasmi dilantik sebagai Duta Sape Yayasan Sarawak, menyertai 15 alumni dari kumpulan pertama program tersebut. 

“Kami bangga dengan pencapaian anda semua dan komited menyediakan platform unik untuk anda berkongsi bakat baharu ini, sama ada di pentas-pentas seluruh Sarawak mahupun di luar,” katanya.

Aloysous turut menyatakan harapannya agar muzik dan naratif para duta ini dapat menginspirasi rakyat Malaysia, menyatukan hati, dan merapatkan jurang perbezaan.  

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem ini.

 “Terima kasih kepada para pengajar dan mentor atas dedikasi anda, ibu bapa dan keluarga atas kepercayaan yang diberikan, serta rakan kongsi dan penyokong kami atas sokongan padu kepada visi dan misi YPS,” katanya.  

Majlis yang berlangsung penuh simbolik itu mengakhiri program dengan tema “Membentuk Bakat, Mendorong Perpaduan,” sekali gus mencerminkan matlamat YPS dalam mempromosikan perpaduan dalam kepelbagaian, khususnya di Malaysia dan Sarawak.   

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Rumah Ngaji Dr. Fatimah berhasrat miliki bangunan sendiri
Next: TYT, isteri sarapan mi kolok Haji Salleh di Satok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.