Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yayasan Sarawak sumbang Baucar Pakaian Seragam Sekolah
  • TEMPATAN

Yayasan Sarawak sumbang Baucar Pakaian Seragam Sekolah

Utusan Sarawak 5 years ago
MANFAATKAN… Dr. Rundi dan Kennedy Chuk Pai menyaksikan penyerahan baucar pakaian Seragam Yayasan Sarawak.

SEBAUH: Seramai 450 pelajar dari sekitar kawasan Daerah Sebauh mendapat manfaat daripada Baucer Pakaian Seragam Sekolah daripada Yayasan Sarawak bernilai RM90,000.

Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pemberian baucer terbabit diharap akan dapat meringankan beban ibu bapa pelajar terlibat.

“Diharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa pelajar yang ditambah lagi turut terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penataran Pembukaan Semula Sekolah di Balai Raya Sebauh anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau-Sebauh, semalam.

Baucer terbabit disampaikan wakil Pegawai Pejabat Daerah Sebauh iaitu Baithy Tini kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tatau-Sebauh Mohd Nor Bin Abdullah @ Tana.

Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemana, pada majlis sama turut menyerahkan sumbangan pasca pembukaan sekolah berupa pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

“Sumbangan ini diberikan semua PIBG sekolah-sekolah di Daerah Sebauh,” katanya.

Sebanyak 14 sekolah yang menerima sumbangan tersebut antaranya Sekolah kebangsaan (SK) Pandan, SK Sebauh, SK Bukit Mawang, SK Labang, SK Kuala Binyo, SK Sebungan, SK Genaan, SK Sg Sengian Labang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Sigu, SK Bukit Balai, SJK (CINA) Chung San dan  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh

Hadir sama di majlis tersebut ADUN Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Gedong bakal membangun pesat
Next: Kebakaran belukar cemaskan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.