
KOTA KINABALU, 27 Sept -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ditemui pemberita ketika meninggalkan pekarangan Istana Negeri selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.?Bung Moktar tiba di istana itu dengan menaiki kenderaan berwarna putih pada 2.27 petang. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KOTA KINABALU, Sept 27 -- Sabah Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Bung Moktar Radin met by reporters when leaving the Istana Negeri after to have an audience with the Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, today. Bung Moktar arrived in a white car at 2.27 pm. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
“Secepat yang mungkin,” katanya, kepada pemberita di sini semalam ketika ditanya bila nama Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumum.
Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Juhar di Istana Negeri di sini.
Jahid, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Juhar, hanya menjawab “satu perbincangan yang baik” manakala Hajiji dan Jeffrey enggan mengulas.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kelmarin.
GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.– Bernama