Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Yamal tidak mahu dibandingkan dengan Messi
  • SUKAN

Yamal tidak mahu dibandingkan dengan Messi

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Lamine Yamal ketika sidang media semalam.

BARCELONA: Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal berkata dia lebih fokus menjadi diri sendiri dan tidak memikirkan perbandingan dengan Lionel Messi menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, hari ini.

Pemain berusia 17 tahun itu kini menjadi watak penting di bahagian sayap kanan – posisi yang pernah dikuasai oleh penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu, Messi – dengan kedua-dua mereka adalah produk akademi terkenal La Masia.

Kali terakhir Barcelona mara ke final Liga Juara-Juara adalah pada 2015, ketika Messi menjadi tonggak utama di sebelah kanan serangan dan Yamal berharap dapat membantu gergasi Catalan itu kembali ke pentas final musim ini.

“Saya tidak membandingkan diri saya dengannya, kerana saya tidak membandingkan diri saya dengan sesiapa, apatah lagi dengan Messi,” kata Yamal kepada wartawan.

“Kami fokus untuk memperbaiki diri sendiri setiap hari, dan untuk menjadi lebih baik keesokan harinya.

“Jadi saya rasa perbandingan itu tidak relevan, apatah lagi dengan Messi. Saya cuma mahu menikmati permainan dan menjadi diri saya sendiri,” katanya lagi.

Yamal turut menyatakan bahawa beliau menganggap bintang Argentina itu sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

“Saya sangat mengaguminya, sebagai pemain terbaik dalam sejarah, tetapi saya tidak pernah membandingkan diri saya dengannya,” tegasnya lagi. – AFP

Continue Reading

Previous: Jazeman buat penampilan sulung dalam siri perlumbaan SUPER GT
Next: Liga Europa harapan tunggal pulih maruah Man United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.