Yakub sedia pertahan Balingian, fokus perkukuh industri sagu

Facebook
WhatsApp
ABDUL Yakub Arbi ketika ditemui media di Pusat Khidmat DUN N.58 Balingian, hari ini. Foto Adibfahmy.

BALINGIAN, 28 Nov: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri N.59 Balingian, Abdul Yakub Arbi bersedia dicabar oleh calon dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Timah Unchat menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13

Beliau berkata, meskipun tidak menjangkakan pertandingan akan berlaku, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan saingan terbaik dalam usaha mempertahankan kerusi berkenaan.

“Beberapa strategi telah dirangka bagi memastikan kemenangan, selain memberi tumpuan kepada agenda pembangunan yang mampu membawa manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor pertanian khususnya industri sagu akan terus menjadi antara keutamaan dalam perancangan pembangunan Balingian memandangkan kegiatan tersebut mempunyai potensi ekonomi yang besar kepada penduduk tempatan.

Katanya, beliau yang juga merupakan antara ahli lembaga Sarawak Sago and Nipah Development Board (SNDB) memberi perhatian terhadap usaha memperkukuh sektor pertanian sedia ada, termasuk meningkatkan nilai ekonomi hasil sagu yang diusahakan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Sebagai contoh, harga sagu di Balingian agak rendah jika dibandingkan dengan harga sagu di Mukah. Jadi, saya telah merangka perancangan untuk meningkatkan harga sagu di Balingian.

“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak SNDB, sekiranya diberi mandat sekali lagi, usaha ini akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat DUN N.58 Balingian, hari ini.

Selain pembangunan ekonomi, beliau turut menegaskan komitmen untuk memastikan aspek pendidikan dan kebajikan masyarakat terus diberikan perhatian secara berterusan.

“Bantuan kebajikan akan terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, khususnya mereka yang berdepan masalah kesihatan, kematian ahli keluarga serta keluarga yang memerlukan sokongan untuk persekolahan anak-anak,” katanya lagi.

Tambahnya, bantuan pendidikan secara sekali beri turut disediakan bagi membantu pelajar membuat persediaan sebelum memulakan pengajian di universiti atau institusi pengajian tinggi.

Jelasnya, usaha berkenaan penting bagi memastikan kebajikan masyarakat Balingian terus terbela, selain membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Oleh Adibfahmy

Royston terima hadiah berganda hari ini

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian, Royston Valentine mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan menang tanpa