Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • YAKEB harap bekas atlet diberi lebih peluang pekerjaan 
  • SUKAN

YAKEB harap bekas atlet diberi lebih peluang pekerjaan 

Utusan Sarawak 2 years ago
PENGERUSI YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

SERDANG: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berharap lebih banyak agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menawarkan peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara.

Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, tawaran pekerjaan daripada entiti berkenaan amat diperlukan untuk memastikan bekas atlet boleh meneruskan kehidupan yang selesa selepas tidak lagi bergelar atlet negara.

“Kami sedang berusaha menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan GLC untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara.

“Kerajaan memang telah banyak menghulurkan bantuan, tetapi kami percaya kehidupan bekas atlet akan lebih terjamin sekiranya mereka ditawarkan dengan peluang pekerjaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas perlawanan bola sepak antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Selangor (PBPBS) anjuran bersama KTMB dan YAKEB semalam, yang turut bertujuan mengumpul dana membantu rakyat Palestin.

Noorul Ariffin berkata, selaku pertubuhan yang dipertanggungjawab mengurus kebajikan bekas atlet negara, pihaknya komited dalam menyediakan peluang kepada golongan itu untuk menggunakan ilmu dan pengalaman mereka bagi menyara kehidupan sambil menyumbang semula kepada masyarakat.

“YAKEB berharap agensi kerajaan, GLC atau sektor korporat lain menyertai program ‘Learn From The Pros’ dengan melaluinya bekas atlet akan berkhidmat sebagai jurulatih kepada agensi atau syarikat yang tampil bekerjasama,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Neymar selamat jalani pembedahan
Next: Jersi dipakai Messi di Piala Dunia 2022 bakal dilelong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.