Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wong Soon Koh tinjau jambatan kayu bantu atasi banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Wong Soon Koh tinjau jambatan kayu bantu atasi banjir

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK RAKYAT… Dato Sri Wong Soon Koh (empat kanan) bersama pemimpin masyarakat setempat ketika meninjau jambatan yang sudah siap.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh, semalam meninjau jambatan kayu panjang yang dibina bagi kemudahan Sekolah Rendah Toh Nang, Engkilo, di sini.

Jambatan tersebut dibina hasil kerjasama beliau bersama pasukan Parti Demokratik Progresif (PDP) bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan rendah itu.

“Jalan yang menghubungkan sekolah ke jalan utama sering tenggelam sehingga sedalam satu meter. Jalan itu telah dinaikkan beberapa kali, namun tidak lama selepas itu ia kembali tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, penyelesaian tetap kepada masalah ini adalah dengan membina sebuah jambatan kayu dari sekolah ke jalan utama.

“Jambatan sepanjang lebih setengah kilometer ini telahpun siap bagi membolehkan murid-murid dan kakitangan sekolah berjalan ke sekolah dengan menggunakan jambatan tersebut,” jelasnya.

Turut mengiringi Wong semasa tinjauan tersebut ialah bersama pengerusi lembaga pengurusan sekolah, Yong Ing Hui serta beberapa pemimpin masyarakat setempat.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ceramah keselamatan kebakaran tingkatkan kesedaran penduduk
Next: Kekalkan permainan Burdah, turunkan kepada generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.