Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wong Soon Koh tidak ikhlas
  • TEMPATAN

Wong Soon Koh tidak ikhlas

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. James Masing berkata beliau sudah lama menjangkakan penubuhan Parti Sarawak Bersatu (PSB) ekoran kritikan Presidennya, Dato’ Sri Wong Soon Koh ke atas Gabungan Parti Sarawak (GPS) dewasa ini.

“Apabila Parti Rakyat Bersatu (UPP) ditubuhkan, saya sudah membantah kerana ia akan menjejaskan perpaduan parti di Sarawak.

“Itu semasa zaman Barisan nasional. Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kita menjadi GPS. Tetapi, beberapa rakan seperjuangan saya di dalam GPS berfikir komen saya adalah tidak perlu dan mengkritik saya.
“Saya memang tahu UPP atau Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak baik untuk perpaduan rakyat di Sarawak.

“Soon Koh memang tidak ikhlas dan beliau tidak berbuat apa-apa untuk membantu penduduk di Bawang Assan walaupun sudah mewakili kawasan tersebut selama 29 tahun.

“Walaupun Soon Koh memberitahu beliau menyokong Ketua Menteri, saya masih tidak percaya beliau. Sekarang, belangnya sudah muncul dan saya bersimpati dengan mereka yang percaya dengan Soon Koh,” kata Masing.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga kampung bakal nikmati bekalan air bersih
Next: Santubong patut diangkat sebagai khazanah kearifan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.