Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wilfred Yap kekal komited berkhidmat untuk Kota Sentosa meskipun berdepan cabaran
  • Selatan
  • WILAYAH

Wilfred Yap kekal komited berkhidmat untuk Kota Sentosa meskipun berdepan cabaran

Utusan Sarawak 8 hours ago
WILFRED Yap berikrar untuk melakukan lebih banyak lagi untuk Kota Sentosa.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menegaskan komitmennya untuk terus menunaikan janji kepada penduduk meskipun berdepan cabaran dalam pelaksanaan projek pembangunan di kawasan tersebut.

Mengimbas kembali empat tahun perkhidmatannya sebagai wakil rakyat, beliau menyifatkan tempoh tersebut sebagai pengalaman yang membanggakan, namun turut disertai beberapa cabaran dan kekecewaan.

Menurutnya, walaupun sebahagian janji dalam manifesto pilihan rayanya telah berjaya direalisasikan, terdapat beberapa projek pembangunan yang bergerak lebih perlahan daripada jangkaan.

“Saya masih boleh melakukan lebih banyak lagi, namun keadaan ketika ini agak perlahan kerana ramai penjawat awam berdepan kesukaran untuk mengendalikan jumlah projek yang semakin bertambah. Ini sebenarnya petanda positif kerana kerajaan GPS berjaya menjana dana yang besar dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

“Jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai banyak projek untuk dilaksanakan, dan sebahagian projek kecil di kawasan saya mungkin bukan keutamaan mereka. Bagaimanapun, pembangunan di kawasan saya tetap berjalan, cuma tidak secepat yang saya harapkan,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Sarawak.

Beliau berkata, antara projek utama yang sedang diberi perhatian ialah projek tebatan banjir bernilai RM86 juta di Skim Penempatan Semula Stampin. Tender projek tersebut telah dipanggil pada 21 Mei lalu dan beliau berharap kerja pembinaan dapat dimulakan seawal Ogos ini.

Selain itu, projek tebatan banjir di Taman Happy Valley, berhampiran Gala City yang sering dilanda banjir sejak sekian lama, kini berada di landasan pelaksanaan selepas kontraktor dilantik bagi melaksanakan projek bernilai RM2.6 juta itu.

Dalam pada itu, Yap turut membangkitkan isu sistem perparitan di Batu 7 yang menurutnya masih memerlukan perhatian serius kerana masih terdapat banyak longkang tanah walaupun kawasan tersebut berada dalam lingkungan bandar.

“Adalah agak malang apabila Batu 7 masih mempunyai begitu banyak longkang tanah. Kami akan terus menangani isu ini secara berperingkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Menyentuh aspek penambahbaikan infrastruktur, beliau berkata sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pelaksanaan projek pemasangan lampu jalan di seluruh kawasan Sentosa.

Namun, beliau mengakui masih terdapat beberapa lokasi yang belum menerima pencahayaan secukupnya berikutan keluasan kawasan serta kekangan peruntukan yang tersedia.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan kelewatan dalam pelaksanaan projek, Yap menegaskan beliau akan terus berusaha memastikan pembangunan di Kota Sentosa dapat dilaksanakan demi manfaat dan kesejahteraan penduduk setempat.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Gangguan perkhidmatan Internet di Lawas berlarutan hampir seminggu
Next: RM205,195 diperuntuk naik taraf tandas awam Pasar Basah Batu 7

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.