Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga PPS kekalkan kemeriahan, anjur majlis sambutan hari raya
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga PPS kekalkan kemeriahan, anjur majlis sambutan hari raya

Utusan Sarawak 1 month ago
KENANGAN… Abang Mohamad Porkan Abang Budiman (tengah) merakam kenangan pada Sambutan Hari Raya Peringkat Kakitangan PPS di Dewan Kakitangan PPS, malam tadi.

SIBU: Warga Penjara Pusat Sibu (PPS) mengekalkan kemeriahan Aidilfitri apabila menganjurkan sambutan Hari Raya Peringkat Kakitangan PPS di Dewan Kakitangan PPS, malam tadi.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berserta isteri, yang mana ketibaan mereka disambut oleh Pengarah PPS, Mohd Rusli Abd Rahman.

Beliau turut berpeluang melawat gerai-gerai penyediaan juadah selain meluangkan masa bersama warga PPS, pada majlis tersebut.

Selain itu, majlis dimeriahkan lagi dengan majlis cabutan bertuah, pertandingan karaoke lagu raya, pakaian tercantik serta pertandingan gerai paling kreatif.

Kanak-kanak kakitangan PPS berusia 12 tahun ke bawah turut digembirakan dengan sesi penyampaian duit raya.

Majlis tersebut, yang berakhir pada 10.30 malam, diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidikan penting untuk kawasan luar bandar agar tidak terus ketinggalan
Next: APM musnah tebuan bersarang atas siling rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.