Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga Myanmar terjatuh dari jambatan ditemui lemas 
  • KEMALANGAN

Warga Myanmar terjatuh dari jambatan ditemui lemas 

Utusan Sarawak 5 months ago

LEMAS... Seorang warga myanmar ditenui lemas pagi tadi selepas terjatuh dari jambatan. 

SEJINGKAT: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Sejingkat berhampiran Terminal Sejingkat di sini awal pagi tadi. 

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa, Win Kyaw Paik, 49, dilaporkan terjatuh dari jambatan menuju ke sebuah kapal muatan kontena kira-kira jam 12:10 tengah malam tadi. 

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12:56 pagi. 

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 1:22 pagi. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada hari kedua pagi ini dengan pencarian di permukaan sejauh 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. 

“Selain itu, tinjauan udara menggunakan dron oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia juga dilakukan dalam radius 700 meter ke arah hilir sungai.  

“Pada jam 10:14 pagi, pasukan SAR menemui mangsa dalam keadaan terapung sejauh 4 kilometer dari lokasi kejadian, berhampiran Kampung Sejingkat,” katanya. 

Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 11:30 pagi, dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.  

Continue Reading

Previous: Lelaki jatuh dari kapal belum ditemui
Next: Dua maut, lori dinaiki langgar belakang treler 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.