13 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat 8.00 malam

Facebook
WhatsApp
SERIAN merekodkan bacaan IPU 185 setakat 8.00 malam ini, dengan 13 stesen di Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat.

KUCHING: Sebanyak 13 daripada 20 stesen pemantauan kualiti udara di Sarawak merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.00 malam.

Serian mencatatkan bacaan 185 manakala Samarahan dan Lundu masing-masing merekodkan IPU 179, diikuti Kuching (177) serta Sarikei (176).

Kawasan lain yang berada pada tahap tidak sihat ialah Samalaju dengan bacaan 163, Lubok Antu dan Betong masing-masing (161), Kanowit (160), Tebedu (159), Sri Aman (158) serta Sibu dan Mukah masing-masing (155).

Sementara itu, tujuh stesen yang mencatat IPU sederhana ialah Bintulu (91), Miri dan Lawas masing-masing (87), ILP Miri (84), Kapit (79), Limbang (75) serta Bario (59).

Berbanding bacaan 4.00 petang, IPU Serian meningkat daripada 182 kepada 185, manakala Kuching naik daripada 172 kepada 177 dan Samarahan daripada 175 kepada 179.

Dalam tempoh sama, Sarikei yang sebelum ini merekodkan bacaan tertinggi 184 menurun kepada 176, manakala Lundu turun sedikit daripada 180 kepada 179.

Tiada stesen di Sarawak merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat, berbahaya atau sangat berbahaya setakat 8.00 malam.

IPU tidak sihat masih dominasi Sarawak

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat masih mendominasi Sarawak apabila 13 daripada 20 stesen pemantauan merekodkan