Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas terima sumbangan katil pesakit boleh laras
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas terima sumbangan katil pesakit boleh laras

Utusan Sarawak 6 months ago

TERIMA KASIH....Chieng Muk Hai (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan wakil Dato Sri Huang Tiong Sii. 

SARIKEI: Warga emas berusia 82 tahun menerima sumbangan katil pesakit boleh laras daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii. 

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, penerima sumbangan tersebut ialah Chieng Muk Hai. 

“Muk Hai terlantar sakit dirumahnya di Jalan Kwong Ming dan memerlukan penjagaan rapi keluarganya. 

“Dia juga memerlukan katil pesakit boleh laras untuk membolehkannya berehat dengan lebih selesa di rumah,” katanya. 

Beliau berkata sumbangan katil boleh laras itu telah dihantar dan diserahkan oleh wakil Tiong Sii. 

“Ahli keluarga Muk Hai turut mengucapkan terima kasih kepada Dato Sri Huang Tiong Sii atas sumbangannya. 

“Beliau sentiasa menyumbangkan katil pesakit boleh laras kepada mereka yang memerlukannya tanpa mengira kaum dan agama. 

“Selain itu, beliau juga amat memahami keperluan dan kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Sarikei dan Repok,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Rajang siap Mac 2025, JKR akan tentukan bila boleh pakai
Next: Tiong beri sumbangan peribadi komputer riba, mesin pencetak untuk 8 pelajar 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.