Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas rugi hampir RM372,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud
  • JENAYAH

Warga emas rugi hampir RM372,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang wanita warga emas kerugian RM371,983.67 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) menerima laporan berhubung kes itu semalam yang membabitkan mangsa berusia 61 tahun dari daerah ini.

Menurutnya, mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat selepas berurusan dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen pelaburan.

“Mangsa kemudian melakukan 15 transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM400,883.67.

“Bagaimanapun, mangsa hanya berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM28,900 sebelum menyedari dirinya ditipu apabila suspek terus memberikan pelbagai alasan bagi menghalang pengeluaran keuntungan yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Mohd Farhan turut menggalakkan orang ramai membuat semakan nombor telefon dan akaun bank melalui portal Semak Mule serta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seorang ditahan positif alkohol dalam Op Mabuk di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.