Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas melecur rumah pondok musnah dalam kebakaran
  • KEMALANGAN

Warga emas melecur rumah pondok musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 7 months ago
WARGA emas berusia 77 tahun mengalami kecederaan akibat melecur pada bahagian tangan selepas rumah pondoknya musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tupong Ulu, Jalan Merdeka, awal pagi tadi.

PETRA JAYA: Seorang lelaki warga emas melecur pada bahagian tangan selepas rumah pondoknya musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tupong Ulu, Jalan Merdeka di sini, awal pagi tadi. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada 3.02 pagi. 

“Selepas menerima panggilan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan segera dikerahkan ke lokasi. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati rumah pondok satu tingkat jenis tidak kekal itu musnah sepenuhnya akibat kebakaran.

“Warga emas berusia 77 tahun itu mengalami kecederaan akibat melecur pada bahagian tangan,” katanya. 

Dalam pada itu, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberikan rawatan awal sebelum mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Oleh Mohd Neenatul Aizal 

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Wanita maut dalam kemalangan di Jalan Gedong-Simunjan
Next: Lelaki terjatuh di lereng Gunung Machinchang, Langkawi disahkan maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.