Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut, kereta dipandu langgar pokok
  • KEMALANGAN

Warga emas maut, kereta dipandu langgar pokok

Utusan Sarawak 2 years ago

MAUT... Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Pujut 7 di Miri, semalam.

MIRI: Seorang lelaki warga emas maut setelah kereta dipandunya melanggar pokok di hadapan Medan Selera Pujut 7 di sini, tengah malam tadi.
   
Mangsa dikenali sebagai Chew Tze Lim, 67, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB1) Ismaidi Ismail menerusi kenyataan media berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian kemalangan yang berlaku 10 kilometer dari balai merupakan kemalangan kendiri membabitkan Proton Saga BLM melanggar pokok.

“Kejadian berlaku sekitar 12.09 pagi berdasarkan panggilan kecemasan yang kita terima di balai.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita dapati mangsa masih berada di dalam kenderaan terbabit dan bernasib baik sebab tidak tersepit,” katanya.

“Mangsa di bahagian pemandu berjaya dibantu keluar oleh pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas pengusung,” jelasnya.

Cubaan menyelamatkan mangsa dilakukan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang berada di lokasi kejadian.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lori tangki minyak diesel terbakar lepas rempuh treler
Next: Proton Waja terbakar di Jalan Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.