Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas maut dilanggar
  • TEMPATAN

Warga emas maut dilanggar

Utusan Sarawak 5 years ago
MAUT.. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Seorang wanita warga emas maut dilanggar sebuah van ketika melintas jalan dekat Jalan Lanang, semalam.

Dalam kejadian 11.00 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lik Sie Hua yang berusia 69 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika van yang dipandu oleh seorang lelaki, 60, dalam perjalanan ke Jalan Then Kung Suk Upper Lanang dari pusat bandar Sibu untuk menghantar barang.

“Ketika melalui jalan terbabit, van tersebut terlanggar mangsa yang keluar secara tiba-tiba untuk melintas jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Menurut Stanley, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: “Tidak kekok berniaga atas talian”
Next: Beri kerjasama kepada pasukan petugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.