Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Warga emas maut dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 4 months ago
KEJADIAN berlaku sekitar 7.00 pagi ketika mangsa yang memandu seorang diri sedang menuju ke arah Jalan Pending.

PETRA JAYA: Seorang lelaki tempatan warga emas berusia 59 tahun maut dalam kemalangan kendiri di Lorong Juara 1, Taman Sukma, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar 7.00 pagi ketika mangsa yang memandu seorang diri sedang menuju ke arah Jalan Pending.

“Kereta yang dipandu mangsa telah terbabas di bahu jalan. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Farhan, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Saundri Govinda Rajoo di talian 011-27549620 atau 082-259900, atau melaporkannya ke mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita cedera, tersepit dalam kereta terlibat kemalangan
Next: Warga emas maut dilanggar ketika jalan kaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.