Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas ditemukan lemas, anak saudara masih hilang selepas keluar memukat
  • KEMALANGAN

Warga emas ditemukan lemas, anak saudara masih hilang selepas keluar memukat

Utusan Sarawak 3 months ago

Gambar hiasan

LIMBANG: Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meningggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Atin Isik, 62, ditemukan ahli keluarga pada 11.24 pagi.

Bagaimanapun anak saudaranya, Jordisone Jamit, 16, setakat ini masih belum ditemukan.

“Menurut maklumat keluarga, kedua-dua mereka keluar rumah untuk memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada 12 tengah hari Sabtu,” katanya dalam kenyataan ringkas petang ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mangsa tersebut pada 1.33 petang hari ini dan pasukan keluaran operasi (PKO) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang telah digerakan ke lokasi yang jaraknya 70 kilometer.

Pasukan tersebut bersama penduduk kampung, kemudiannya meneruskan operasi mencari remaja tersebut.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bomba bantu bawa lelaki cedera dari air terjun Wong Radau
Next: Two injured in 4WD accident

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.