Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas ditemui mati depan pusat hiburan
  • TEMPATAN

Warga emas ditemui mati depan pusat hiburan

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA…Sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa ditemui mati di kaki lima sebuah pusat hiburan di Permyjaya di Miri, semalam.

MIRI : Seorang lelaki warga emas ditemui mati di kaki lima depan sebuah pusat hiburan di Permyjaya di sini, semalam.

Lelaki berumur 60 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sekitar jam 9.00 pagi.

Rakannya cuba membangunkan mangsa tetapi tiada tindakbalas daripada lelaki terbabit sebelum bertindak menghubungi ambulans dan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Hasil pemeriksaan pada fizikal lelaki itu mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah dikesan,” katanya.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan mendapati lelaki itu terjatuh dan kepalanya terkena bucu meja,” katanya.

Lim berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Continue Reading

Previous: Penguang zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak
Next: Toh Puan Ragad prihatin golongan asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.