Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dipindahkan ke tingkat atas rumah akibat banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas dipindahkan ke tingkat atas rumah akibat banjir

Utusan Sarawak 2 months ago

PINDAH… Anggota bomba membantu warga emas pindah ke tingkat atas rumah ekoran kawasan bawah rumahnya dinaiki air. Foto PGO

SIBU: Seorang warga emas terpaksa dipindahkan ke tingkat atas rumahnya selepas kediamannya di Lorong Kapor 2 di sini dinaiki air akibat banjir pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 9.40 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati bahagian dalam rumah tersebut telah dinaiki air sehingga paras dua kaki.

“Anggota bomba membantu mengangkat mangsa ke bahagian rumah yang lebih selamat bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi berjalan lancar dan operasi tamat pada 10.15 pagi.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan kelangsungan pembangunan politik, sosial
Next: Komitmen GPS perkukuh pembangunan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.