
SIBU: Warga emas yang jarang menjalani saringan kesihatan digesa untuk melakukan pemeriksaan tahap kesihatan mereka.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata ini kerana kerajaan Sarawak mempunyai Skim Faedah Kesihatan Warga Emas.
“Inisiatif kerajaan Sarawak ini adalah untuk menyediakan rawatan pesakit luar tanpa tunai di klinik panel, dengan had maksimum RM500 setiap orang setahun.
“Syarat kelayakannya adalah warganegara Malaysia dengan kad pengenalan berstatus ‘K’, berumur 60 tahun ke atas, pendapatan isi rumah RM7,000 atau kurang sebulan serta tidak menerima pembiayaan/perlindungan rawatan pesakit luar daripada mana-mana agensi lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah berkunjung ke Kampung Pa’Dris bagi memeriahkan hari ketiga Program Ketuk Sahur, yang mana ia telah melibatkan warga emas yang kurang sihat.