Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas didakwa bunuh rakan
  • JENAYAH

Warga emas didakwa bunuh rakan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEORANG lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya pada 27 April lepas. Yee Fatt Seong, 70, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 30 Jun ini bagi sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin. FOTO BERNAMA

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya pada 27 April lepas.

Yee Fatt Seong, 70, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Yee didakwa membunuh Loo Ah Teong, 63, di sebuah pondok rehat di Jalan Kolam, Cheruk Tokun, Bukit Mertajam antara 2 hingga 3.22 petang, 27 April.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azreen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 30 Jun ini bagi sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga emas maut dipukul dengan kayu sebelum ditikam dengan pisau dalam kejadian 27 April itu. — Bernama

Continue Reading

Previous: Edar lebih 10 kg dadah MDMA, lelaki warga Singapura berdepan hukuman mati
Next: Tiga lelaki dipenjara seumur hidup edar 32kg dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.