Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Lubok Antu
  • KEMALANGAN

Warga emas cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Lubok Antu

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEORANG warga emas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Krangan Mong, di sini, semalam. Foto: APM Lubok Antu

​LUBOK ANTU: Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas mengalami kecederaan parah akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Krangan Mong, di sini, semalam.

Kejadian yang menimpa mangsa yang berusia 63 tahun itu disedari oleh seorang pengguna jalan raya sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

SEORANG warga emas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Krangan Mong, di sini, semalam. Foto: APM Lubok Antu

​Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, Bilik Gerakan MERS APM Lubok Antu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut daripada seorang orang awam yang dikenali sebagai Lazarus pada 9.14 malam.

Pengadu memaklumkan bahawa dia ternampak mangsa dalam keadaan terbaring di tepi jalan raya semasa sedang dalam perjalanan menuju ke Pekan Lubok Antu, lalu bertindak segera menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.

​Susulan laporan itu, sebuah jentera ambulans pqcuan empat roda bersama kekuatan empat anggota pasukan respon kes yang diketuai oleh Prebet William Kanyau, bersama Prebet Phenricca Sumu Jackson Budat, Prebet Johan Tet, dan Prebet Sudin Minggat Abdullah telah digerakkan ke lokasi kejadian. 

Pasukan penyelamat yang bergerak dua minit selepas menerima panggilan, berjaya tiba di tempat kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer itu pada 9.25 malam untuk memberikan bantuan kecemasan.

​Setibanya di lokasi, anggota bertugas terus memeriksa keadaan mangsa dan mendapati warga emas berkenaan mengalami luka terbuka di bahagian kepala serta patah tangan sebelah kiri akibat impak kemalangan tersebut.

Pasukan APM kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum bertindak membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Lubok Antu bagi mendapatkan rawatan lanjut dan menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada pihak perubatan pada 9.55 malam.

​Sebelum bergerak pulang, anggota ex APM sempat memberikan pesanan dan kesedaran kepada orang awam yang berada di lokasi agar sentiasa menghubungi pihak APM dengan segera sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan yang memerlukan bantuan pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Bau-Lundu
Next: Kereta jatuh gaung, lelaki cedera di Jalan Sebeliau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.