KUCHING: Seorang lelaki warga emas bertarung nyawa cedera parah selepas digilis dari arah belakang oleh sebuah lori sekitar 1.00 petang tadi.
Mangsa dibawa oleh pasukan perubatan dengan menggunakan ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kini berada di zon merah Jabatan Kemalangan dan Kecemasan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut orang ramai yang lalu-lalang di kawasan kejadian, mangsa dan lori berkenaan sedang menuju ke arah Bintawa apabila apabila mangsa digilis di lampu isyarat hadapan Kwong Lee Bank, Pending.
Kedua-dua mangsa dan motosikal tersepit di bawah lori berkenaan.
Oleh CONNIE CHIENG