Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita tunjang utama, pembangunan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita tunjang utama, pembangunan komuniti

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MERIAH… Safiee Ahmad merakamkan kenangan bersama semua tetamu yang hadir pada majlis penangguhan Kursus Woman Skills Training (WST) Outreach @ Daro anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Pusat Khidmat DUN Daro serta Exco Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Daro di Dewan Masyarakat Daro, semalam.

DARO: Golongan wanita sebagai tunjang utama dalam pembangunan komuniti digesa agar merebut peluang dan manfaat daripada fasiliti yang bakal disediakan kerajaan menerusi pelbagai projek pembangunan di kawasan Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, antaranya ialah Anjung Usahawan Daro dan Bangunan Pasar Tani Kekal bakal menjadi platform strategik kepada para usahawan tempatan untuk berkembang.

Melalui program seumpama ini, kita bukan sahaja melatih mereka dengan kemahiran praktikal, malah membina keyakinan dan daya saing untuk berjaya dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penangguhan Kursus Woman Skills Training (WST) Outreach @ Daro anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Pusat Khidmat DUN Daro serta Exco Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Daro di Dewan Masyarakat Daro, semalam.

Program tersebut turut diserikan dengan majlis Ramah Tamah Aidilfitri sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan wanita dalam masyarakat.

Pada majlis tersebut, Safiee turut menyampaikan sumbangan dana kepada Biro Wanita kawasan Daro bagi menyokong penganjuran aktiviti mereka.

Turut hadir Pengarah JWKS, Yeo Kian Hin, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fridah Osman, wakil Pegawai Daerah Daro, Yusuf Hossen serta Ketua Masyarakat Tanah Besar Daro dan para Exco PBB Cawangan Daro.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengarah JKR Sarawak dilantik sebagai Profesor Adjung, UTS
Next: Bandong Walk Sibu bakal berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.