Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita salah guna dadah, mengamuk dijatuhkan hukuman
  • JENAYAH

Wanita salah guna dadah, mengamuk dijatuhkan hukuman

Utusan Sarawak 2 years ago

Tertuduh, Cathrina Ali, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zaiton Annuar selepas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

KUCHING: Seorang wanita didenda RM4,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan merosakkan harta benda di sebuah rumah penginapan, bulan lepas.

Tertuduh, Cathrina Ali, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zaiton Annuar selepas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada masa itu disyaki di bawah pengaruh dadah ketika mengamuk sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda di dalam sebuah bilik, rumah penginapan di Batu Kawa di sini sekitar 11.00 pagi pada 11 Mac lalu.

Fakta kes menyatakan bahawa seorang pekerja di rumah penginapan itu mendengar Cathrina mengamuk dan merosakkan barang-barang di dalam bilik yang didiaminya.

Setelah gagal meredakan tertuduh, pekerja tersebut akhirnya mendapatkan bantuan pihak polis untuk menangani situasi kejadian.  

Pemeriksaan lanjut mendapati bilik dalam keadaan kucar-kacir dan basah akibat salah satu daripada pili paip dibuka dan dibiarkan mengalir. Pelbagai barangan lain turut rosak dalam kejadian tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Insp Merylene Lindan Andrew Mang, manakala Cathrina tidak diwakili peguam.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Kes Basikal Lajak: Mahkamah rayuan bebaskan Sam Ke Ting
Next: Khianat: Dua lelaki diburu polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.