Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita reka cerita disamun di Miri, kini disiasat polis
  • JENAYAH

Wanita reka cerita disamun di Miri, kini disiasat polis

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Tindakan seorang wanita mereka cerita kononnya menjadi mangsa samun bersenjata memakan diri apabila siasatan polis mendapati kejadian yang dilaporkan itu sebenarnya tidak pernah berlaku. 

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, wanita tempatan berusia 29 tahun itu membuat laporan polis pada 1.58 pagi, 28 Mei lalu dengan mendakwa dirinya disamun empat lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan berhampiran Gereja Miri Gospel Chapel, Pujut. 

Menurutnya, dalam laporan berkenaan, wanita itu mendakwa kejadian berlaku kira-kira 10.00 malam pada 27 Mei ketika dia berhenti di lokasi tersebut untuk membuang air besar.

“Dalam laporannya, pengadu mendakwa suspek mengacukan sepucuk pistol ke arah perutnya sebelum melarikan rantai leher emas, cincin emas, gelang emas dan wang tunai RM350.

“Jumlah kerugian yang didakwa dialami mangsa dianggarkan sebanyak RM3,130,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Beliau berkata, kes itu pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan sebelum Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan berkenaan. 

“Hasil siasatan mendapati terdapat pelbagai kelompongan dalam keterangan yang diberikan pengadu sepanjang proses siasatan dijalankan.

“Risik yang dijalankan turut menemukan bukti kukuh bahawa kejadian samun yang dilaporkan itu tidak wujud,” katanya. 

Menurut beliau, selepas berdepan bukti yang diperoleh polis, wanita terbabit mengakui laporan yang dibuatnya adalah tidak benar.

Malah, semua barang kemas serta wang tunai yang didakwa disamun turut ditemui dalam simpanannya sendiri.

Susulan itu, satu laporan polis baharu dibuat oleh pegawai penyiasat kes dan wanita terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam. 

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Mohd Farhan turut menegaskan orang ramai supaya tidak sesekali membuat laporan polis palsu demi kepentingan atau keuntungan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Premis urut diserbu, lima wanita warga asing dicekup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.