Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita PBB sokong keputusan Agong
  • TEMPATAN

Wanita PBB sokong keputusan Agong

Utusan Sarawak 5 years ago
SOKONG… MTWPBB menyokong keputusan DYMM Yang Di-Pertuan Agong berhubung darurat yang tidak perlu dilaksanakan.

KUCHING: Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (MTWPBB) menyokong keputusan DYMM Yang DiPertuan Agong setelah berbincang dalam Mesyuarat Khas dengan Raja-Raja Melayu bahawa darurat tidak akan dilaksanakan. 

Oleh itu, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan terus diadakan dalam masa yang sama pergerakan wanita digesa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila mengadakan aktiviti.

Pada masa sama, MTWPBB turut menghasilkan naratif dan infografik , bahan persiapan pilihan raya dan diagihkan kepada semua ketua wanita di 82 cawangan dalam mesyuarat berkenaan.

Jentera Parti Pergerakan Wanita juga telah diperkasakan bagi menghadapi pilihanraya melalui pelbagai program seperti Sarawak Kita Empun (SKE), Randau Wanita PBB, Ziarah dan ZoomMeeting bersama ketua-ketua wanita.

MTWPBB juga mengesa rakyat untuk menyokong GPS bagi memastikan hak Sarawak terus diutamakan, pembangunan infrastruktur terus diperkasakan, kestabilan politik, keamanan dan keharmonian dalam kalangan penduduk pelbagai kaum, pelbagai agama terus dimantapkan.

Selain itu, MTWPBB menggesa seluruh jentera parti PBB (Bapa, Wanita, Pemuda) harus terus bekerja keras supaya Gabungan Parti  Sarawak (GPS) dapat menang dengan majoriti besar.

Mandat besar daripada rakyat amat diperlukan bagi memastikan agenda pembangunan untuk membawa Sarawak menjadi negara termaju di Malaysia menjelang  2030 akan tercapai.

Continue Reading

Previous: LAKMNS lancar stesen radio IRIS
Next: Dua terkorban, 185 selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.