KUIH dinuh atau dikenali sebagai urum merupakan antara makanan tradisional masyarakat Kenyah dan Kayan di Sarawak yang memiliki keunikan serta nilai warisan tersendiri.
Berbentuk lonjong dan berwarna keemasan, kuih ini menjadi antara sajian tradisional masyarakat Orang Ulu yang terus diwarisi sejak turun-temurun.
Kuih tradisional berkenaan boleh didapati di tamu dengan harga RM2 bagi lima biji, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dan menikmati makanan warisan masyarakat Kenyah dan Kayan.
Keistimewaan kuih dinuh terletak pada teksturnya yang rangup di bahagian luar, manakala bahagian dalamnya lembut dan kenyal, sekali gus menghasilkan cita rasa tersendiri.

Antara bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan kuih ini ialah tepung beras, tepung pulut, gula, garam dan air.
Sesetengah resipi turut menggunakan kelapa parut atau santan bagi menambahkan rasa serta aroma kuih berkenaan.
Oleh Liong Chai Ling





