Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita PBB Kalaka agih bubur pedas
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita PBB Kalaka agih bubur pedas

Utusan Sarawak 2 months ago
PROGRAM pengagihan bubur pedas dan agar-agar daripada Pergerakan Wanita PBB Cawangan Kalaka kepada penduduk di Masjid Jamek Saratok, hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Program memasak bubur pedas sempena Ramadan merupakan sebuah inisiatif yang penuh dengan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata program ini bukan sekadar aktiviti memasak, tetapi juga simbol kerjasama antara komuniti yang mana pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu menyediakannya untuk dikongsi bersama.

“Semangat gotong-royong seperti inilah yang kita mahu suburkan dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka yang turun padang.

“Semoga usaha murni ini terus memperkukuh keharmonian dalam negeri kita,” kata beliau semasa semasa dihubungi.

PROSES pembuatan bubur pedas. Foto ADUN Kalaka

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka menyempurnakan majlis ringkas pengagihan bubur pedas dan agar-agar kepada penduduk di Masjid Jamek Saratok, hari ini.

Mohamad Duri berkata aktiviti mengagihkan bubur pedas ini bukanlah pertama kali di lakukan masyarakat di sini, aktiviti turun-temurun itu juga menjadi aktiviti yang paling dinantikan apabila tibanya bulan puasa.

PENGAGIHAN bubur pedas kepada penduduk setempat. Foto ADUN Kalaka

Beliau berkata program berkenaan bukan sahaja mencari keberkatan Ramadan bahkan berkongsi rezeki dengan menggalakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.

“Semangat gotong-royong tinggi dalam kalangan Wnaita PBB Kalaka untuk membuat bubur lambuk patut dipuji. Saya amat berpuas hati dengan semangat gotong-royong serta kerjasama ditunjukkan semua ahli terlibat.

“Bermula dengan penyediaan bahan dan memasak sehingga ke proses agihan bubur lambuk, semua berjalan lancar. Syabas semua,” katanya.

Dapam pada itu, Pergerakan Wanita PBB Cawangan Kalaka yang diketuai oleh ketuanya, Lela Ali telah berjaya mengagihkan sebanyak 300 bungkus bubur pedas dan 300 agar-agar kepada penduduk setempat.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendaftaran Sarawak ID, SPay Global sasar penerima SKAS
Next: 20,000 pengunjung meriahkan Sungkei Perdana di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.