MIRI: Keadaan cemas selepas seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) terjatuh dari katil di rumahnya awal pagi tadi berakhir apabila anggota bomba membantu mengangkat mangsa kembali ke katil.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di sebuah rumah di Jalan Dato Permaisuri, di sini, sekitar 12.55 pagi.
“Setibanya di lokasi pada 1.07 pagi, anggota mendapati mangsa benar-benar terjatuh dari katil seperti yang dilaporkan.
“Selepas membuat penilaian di lokasi, anggota bertindak mengangkat mangsa dan berjaya meletakkannya semula di atas katil,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, operasi selesai pada 1.16 pagi selepas keadaan mangsa dan lokasi kejadian didapati terkawal.
Oleh Liong Chai Ling




