Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita maut dipercayai dilanggar lari
  • TEMPATAN

Wanita maut dipercayai dilanggar lari

Utusan Sarawak 3 years ago

JALANKAN SIASATAN... Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Sibu, pagi tadi.

SIBU: Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai dilanggar lari dalam kejadian berlaku di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Sibu, sekitar 5.18 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan berlaku ketika sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita tempatan berumur 38 tahun bergerak lurus menuju ke arah Lampu Isyarat Jalan Salim dan sampai di tempat kejadian dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak diketahui.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Ambulans Hospital Sibu,” jelasnya menerusi satu kenyataan, petang tadi.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan kes dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading

Previous: Pertambahan 3,000 – 5,000 anggota bersedia hadapi MTL
Next: Sarawak perlu jadi pengeksport makanan bermutu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.