Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut dalam kemalangan di Jalan Gedong-Simunjan
  • KEMALANGAN

Wanita maut dalam kemalangan di Jalan Gedong-Simunjan

Utusan Sarawak 7 months ago
DIKELUARKAN… Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

SIMUNJAN: Seorang wanita tempatan meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Gedong-Simunjan di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada 3.01 petang.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan seramai enam orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikerahkan ke lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai.

”Setibanya di lokasi, Komander Operasi mengesahkan kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki dua mangsa dan sebuah van jenis Nissan Vanette yang diparkir di tepi jalan.

”Didapati seorang mangsa wanita  telah tersepit di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan manakala pemandu seorang lelaki yang berumur 37 tahun telah keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” jelasnya.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian bertindak menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 56 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan dari sisa-sisa kemalangan sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada 4.07 petang.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Asap keluar di bahagian klinik pakar HUS
Next: Warga emas melecur rumah pondok musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.