Wanita mangsa pukau serah barang kemas tanpa sedar di Bintulu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ADUN Tanjung Batu, Johnny Pang Leong, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan modul operandi biasa sindiket pukau yang aktif di Bintulu. Foto Facebook Johnny Pang Leong

BINTULU: Seorang wanita menjadi mangsa sindiket hipnotis atau pukau selepas didatangi seorang wanita yang menangis meminta bantuan, mendakwa suaminya pengsan.

Mangsa dibawa ke kereta dan bercakap dengan seorang wanita lain sebelum tiba-tiba hilang sedar atau dipukau, kemudian pulang ke rumah tanpa menyedari telah menyerahkan barang kemasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang Leong, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.

“Orang ramai elakkan berjalan bersendirian, jangan mudah berbual dengan orang tidak dikenali dan jangan mengikut sesiapa ke lokasi sunyi,” katanya di laman Facebook miliknya, semalam.

Jelasnya, kes ini dipercayai modul operandi biasa sindiket pukau yang aktif di Bintulu.

Beliau turut menekankan bahawa orang ramai perlu segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis serta memastikan individu yang memerlukan bantuan terus menghubungi talian kecemasan 999.