Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita hamil cedera, bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Wanita hamil cedera, bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan

Utusan Sarawak 4 months ago
KEADAAN kereta dan pacuan empat roda yang terlibat nahas jalan raya di Kilometer 5.0 Jalan Bau-Lundu, semalam.

KUCHING: Bayi dalam kandungan berusia lebih 35 minggu disahkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandu seorang wanita yang mengandung terlibat kemalangan di persimpangan Kampung Opar di Kilometer 5.0 Jalan Bau-Lundu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), dan sebuah kereta itu dilaporkan berlaku pada 5.30 petang.

Jelasnya, wanita terbabit semasa kejadian (bergerak lurus) memandu kereta dan telah berlanggar dengan sebuah 4WD yang dikatakan dalam proses keluar ke simpang kanan menuju ke arah Bau.

“Pemandu kereta iaitu seorang wanita yang mengandung mengalami kecederaan dalaman mengakibatkan bayi dalam kandungan berusia 35 minggu dua hari telah disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Wanita terbabit masih mendapatkan rawatan di wad kecemasan HUS,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan ini, tegasnya, diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera selepas kereta dipandu jatuh cerun
Next: Pemandu tersepit dalam kemalangan dilaporkan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.