Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wanita dicurah petrol, dibakar dalam trem
  • GLOBAL

Wanita dicurah petrol, dibakar dalam trem

Utusan Sarawak 2 months ago
SEORANG wanita parah selepas dicurah petrol dan dibakar oleh seorang individu tidak dikenali dalam sebuah trem di Bandar Gera, timur Jerman hari ini. Foto AFP

ERFURT (Jerman): Seorang wanita cedera parah selepas dicurah petrol dan dibakar oleh seorang individu tidak dikenali dalam sebuah trem di Bandar Gera, timur Jerman hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis berkata sebuah helikopter penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian, dan siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut.

Setakat ini, belum dapat ditentukan sama ada suspek telah dikenal pasti. Polis juga belum dapat memberikan maklumat lanjut mengenai latar belakang sebenar kejadian.

Saksi sedang disoal siasat dan bukti di lokasi kejadian sedang dikumpulkan, menurut jurucakap itu.

Berdasarkan maklumat semasa, tiada individu lain yang cedera dalam insiden itu.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: 59 korban kebakaran kelab di Macedonia
Next: Krisis air di Gaza kritikal akibat sekatan Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.