Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: 18 cedera ringan bas bawa 28 penumpang dari Kapit ke Sibu kemalangan 
  • KEMALANGAN

Kemaskini: 18 cedera ringan bas bawa 28 penumpang dari Kapit ke Sibu kemalangan 

Utusan Sarawak 4 months ago

Pihak KKM memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kanowit menggunakan ambulans.

KANOWIT: Seorang cedera, 18 cedera ringan dan sembilan tidak mengalami kecederaan selepas bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit / Song, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan luka terbuka pada bahagian kaki kiri.

“Mangsa yang cedera ringan terdiri daripada 12 orang lelaki dan enam wanita. Sementara mangsa tidak mengalami kecederaan enam lelaki dan tiga wanita,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.01 petang, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati sebuah bas mengalami kemalangan kendiri (perjalanan bas dari Kapit menuju ke Sibu) yang membawa seramai 28 penumpang termasuk pemandu.

“Beberapa orang mangsa telah pun berjaya keluar dari pintu kecemasan dan hanya tinggal seorang mangsa perempuan cedera luka terbuka di bahagian kaki sebelah kiri yang sedang di beri rawatan awal oleh pihak KKM (Hospital Kanowit),” katanya.

Andy memberitahu, tiada mangsa yang tersepit di dalam ruang penumpang bas tersebut, tetapi beberapa orang mangsa yang cedera ringan dibawa oleh pihak KKM ke hospital menggunakan tiga ambulan.

“Setelah pihak KKM selesai memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera, pihak bomba mengangkat mangsa keluar dari dalam bas menggunakan pengusung, seterusnya menyerahkan kepada pihak ambulan untuk dibawa ke Hospital Kanowit. 

“Pasukan bomba tiada melakukan kerja-kerja penyelamatan kerana tiada mangsa yang tersepit. Pasukan bomba melakukan kerja pembersihan minyak enjin yang tertumpah diatas jalan raya akibat dari kemalangan tersebut,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak catat 362 kes kemalangan maut tahun lalu, punca utama kecuaian pemandu
Next: Kapal tangki berdaftar Malaysia karam di perairan Singapura, 8 kru berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.