Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wakil rakyat GPS komited laksanakan tanggungjawab
  • TEMPATAN

Wakil rakyat GPS komited laksanakan tanggungjawab

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG…. Gira (tiga, kiri) melawat projek menaik taraf bekas jambatan balak kepada jambatan besi di Sungai Mejat, Ulu Mukah.

SELANGAU: Wakil rakyat kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengamalkan pendekatan turun padang bertemu rakyat di peringkat akar umbi, memantau projek yang sedang dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, turun padang melawat pemantauan kemajuan beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di sekitar kawasan tersebut semalam.

“Antaranya ialah projek menaik taraf jambatan balak kepada jambatan besi bekas jalan balak di Sungai Mejat, Ulu Mukah, projek menaik taraf jalan tanah ke jalan berbatu (gravel) di Ulu Selangau 8 Kilometer dan projek menaik taraf bekas jalan balak dari tanah merah kepada jalan berbatu (gravel) di Jalan Sapudun Balingian, Selangau,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut melawat projek menaik taraf bekas jalan balak dari Rumah Ganya ke Rumah Sumping di Ulu Oya 9 kilometer (Fasa 1).

“Lawatan ke projek menaik taraf jalan balak dari jalan tanah ke jalan berbatu (gravel) dari Nanga Sekuau ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pakoh, Ulu Pakoh, projek menaik taraf jalan balak dari SK Pakoh ke Rumah Undin, Rumah Anthony di Ulu Bunau.

“Lawatan ke cadangan projek menaik taraf jalan balak dari SK Pakoh ke Rumah Mendu di Ulu Bunau,” ujarnya.

Menurutnya, lawatan adalah tertumpu kepada projek yang bermasalah dan cadangan tindakan untuk penyelesaian supaya projek dapat dilaksanakan serta siap mengikut jadual demi kepentingan rakyat setempat.

“Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat termasuk kontraktor di atas komitmen bagi memastikan projek-projek RTP Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin dilaksanakan dengan lancarnya,” katanya.

Turut hadir, Penghulu Andrewson Ngalai Asom serta wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Residen Sibu dan Pejabat Daerah.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Syarikat bina jambatan atasi banjir kilat
Next: 18 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.