Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Wakil Malaysia bakal gayakan ‘Puteri Membara Malaysia’ di Mrs World 2024
  • HIBURAN

Wakil Malaysia bakal gayakan ‘Puteri Membara Malaysia’ di Mrs World 2024

Utusan Sarawak 4 months ago
WAKIL MALAYSIA.... Mrs Malaysia World 2024 Dr Shalini Devi Ramachandran bergambar bersama sijil Malaysia Book of Record (MBR) yang diterimanya selepas memperagakan baju yang akan dipertandingkan dalam pertandingan Mrs World 2024 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada penghujung Januari 2025 dan mendapat pengiktirafan daripada MBR sebagai ‘Longest Beauty Pageant Dress Train’ dengan ukuran 121 meter panjang dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel di Klang hari ini. FotoBERNAMA

KLANG: Wakil Malaysia ke Mrs World 2024, Dr. Shalini Devi Ramachandran bakal menggayakan kostum kebangsaan Puteri Membara Malaysia pada pertandingan itu yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menampilkan trail (ekor) sepanjang 121 meter, kostum ini mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai trail terpanjang pernah dicipta bagi kostum kebangsaan.

Direka oleh Saran anak Lagong, pereka fesyen berpangkalan di Sarawak, busana ini menggandingkan motif batik tradisional dan songket dengan elemen artistik kontemporari, menyerlahkan kekayaan budaya Malaysia dan kecemerlangan kreativiti.

DR. Shalini Devi Ramachandran (belakang tengah) bergambar bersama sijil Malaysia Book of Record (MBR), ahli keluarga dan rakannya selepas memperagakan baju yang akan dipertandingkan dalam pertandingan Mrs World 2024 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada penghujung Januari 2025.

“Rona merah dan hitam pada kostum, mencerminkan kekuatan semangat dan ketabahan wanita Malaysia, sambil pada masa sama, memberi penghormatan kepada warisan budaya Malaysia,” kata Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World Sdn Bhd Datin Harveen Kaur semasa memperkenalkan kostum itu, di sini semalam.

Tambah beliau, warna merah juga melambangkan perpaduan, cinta dan keazaman, manakala hitam menggambarkan keanggunan, kekuatan dan kewibawaan, iaitu ciri-ciri yang mendefinisikan wanita Malaysia.

DR. Shalini Devi Ramachandran (tengah) memperagakan baju yang akan dipertandingkan dalam pertandingan Mrs World 2024 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

“Kostum ini meraikan identiti Malaysia yang penuh warna-warni, kebanggaan budaya dan kekuatan yang memberdayakan wanitanya, menjadikan kostum ini representasi ideal untuk Mrs Malaysia World di peringkat antarabangsa,” ujar Harveen.

Tambah beliau lagi, Puteri Membara Malaysia bukan sekadar kostum tetapi pernyataan tentang keindahan, warisan dan semangat Malaysia.

Pertandingan Mrs World 2024 dijadualkan berlangsung dari 29 hingga 30 Jan ini dan Dr Shalini, 37, akan tampil dengan fesyen lestari merangkumi tiga busana yang dihasilkan daripada beberapa helai sari dan gaun vintaj berusia lebih 30 tahun serta bahan-bahan kitar semula.

“Saya akan bekerjasama rapat dengan Kloth Cares, syarikat berinspirasikan wanita di Malaysia yang pakar dalam mengitar semula dan menaik taraf pakaian,” katanya kepada Bernama, menambah bahawa ini merupakan pengiktirafan keduanya dalam Malaysia Book of Records.

Penglibatan doktor perubatan dari Selangor ini dalam menjaga alam sekitar turut menyaksikan beliau menjalankan program Go Green di sekolah, di mana beliau mendidik kanak-kanak tentang pengurangan sisa, penanaman pokok serta kepentingan ekosistem.

Ratu fesyen lestari ini juga menyokong penanaman dalam ruang tertutup di studio kecergasan dan menggalakkan kanak-kanak sekolah untuk kekal aktif melalui aktiviti kecergasan seperti Zumba. Selain itu, beliau turut bekerjasama dengan pasukan Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM) di Chow Kit.

Dedikasi beliau terhadap kesihatan komuniti dan kelestarian alam sekitar telah melayakkannya menerima gelaran Jurulatih Paling Popular Malaysia 2024 di Anugerah Ikon Bintang Nambikkai. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Perlu kerap hasil lagu baharu untuk berjaya
Next: Kebakaran Los Angeles, Hollywood malap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.