Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wahiddan sertai kem latihan
  • SUKAN

Wahiddan sertai kem latihan

Utusan Sarawak 5 years ago

PEMAIN muda Sarawak United II, Muhammad Wahiddan Adzhim Kadir, 18 dipanggil mengikuti sesi latihan bersama skuad bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak ketika ini.

Demikian dinyatakan Ketua Jurulatih, Ahmad Fairuz Mohd. Yunus ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Ahmad Fairuz, bintang muda kelahiran Bandar Sarikei itu mempunyai kriteria yang diinginkan.

Apatah lagi, mengambil kira pengalamannya yang pernah bersama pemain berpengalaman lain beraksi di Liga M3 musim ini.

Tambahnya, pengalamannya amat dituntut dalam memperkuatkan pasukan ini untuk menghadapi temasya dwitahunan negara itu.

“Dia pernah beraksi di Liga M3 bersama skuad Sarawak United II musim ini. Pengalamannya bersama pemain berpengalaman amat dituntut dalam memperkuatkan pasukan yang dibentuk ketika ini,” ujar beliau lagi.

Ahmad Fairuz menegaskan, Wahiddan beraksi di posisi tengah selain kemahiran individu yang tinggu serta kelebihan kaki kirinya yang sememangnya sukar untuk dicari.

Skuad terbabit yang memulakan sesi latihan 1 Julai lalu menghimpunkan lebih dua orang pemain dari skuad Piala Presiden 2020 (Sarawak United III), Piala Belia 2020 (Sarawak United IV) dan skuad Piala Presiden Kuching FA 2020.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Quique Setien tertekan di Barca
Next: Sukan SEA 2021: Lapan sukan kemuka rayuan penyertaan kepada MOM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.