Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vietnam dibadai ribut tropika Noul
  • GLOBAL

Vietnam dibadai ribut tropika Noul

Utusan Sarawak 5 years ago

VIETNAM: Ribut tropika Noul membadai Vietnam tengah malam tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang terkorban selain membawa hujan lebat di beberapa kawasan.

Media Vietnam melaporkan, ribut berkenaan membadai bandar tumpuan pelancong, Danang, sebelum bergerak ke utara menuju Thua Thien Hue dan sampai di Laos sekitar tengah hari semalam, dalam keadaan ribut yang sudah lemah.

Akhbar Tuoi Tre melaporkan, seorang lelaki maut akibat dihempap pokok tumbang manakala rakaman di televisyen menunjukkan kawasan jalan raya dipenuhi air di beberapa kawasan.

Rakaman litar tertutup dari Thua Thien Hue menunjukkan paparan tiang elektrik tumbang menimpa seorang penunggang motosikal, namun dia kemudian dilihat bangun dan melarikan diri ke kawasan selamat.

Siaran televisyen VTV pula memaparkan rakaman beberapa rumah yang musnah dan bumbung kediaman yang berterbangan, hujan lebat dan keadaan laut yang bertukar ganas di beberapa lokasi di sepanjang pesisir Vietnam.VTV turut melaporkan, hujan kira-kira 10 sentimeter (sm) melanda Central Highlands.

Sebelum ini, kerajaan Vietnam merancang untuk memindahkan sehingga setengah juta penduduk apabila ribut itu diramalkan mencapai kelajuan 135 kilometer sejam (km/j), namun membatalkan rancangan itu apabila kelajuannya berkurangan.

Namun, pusat kaji cuaca memberi amaran ribut itu masih berupaya membawa hujan sehingga 25 sm ke Vietnam, dan berisiko menyebabkan banjir serta tanah runtuh. – AFP

Continue Reading

Previous: Thailand peruntuk 51 bilion baht untuk bantuan tunai
Next: Taipei negara kelapan dalam indeks global bandar pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.