Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Video tular: Penunggang tiada lesen
  • TEMPATAN

Video tular: Penunggang tiada lesen

Utusan Sarawak 5 years ago
TULAR… Gambar dari rakaman video menunjukkan seorang anggota polis trafik menendang
sebuah motosikal yang cuba membuat pusingan ‘U’ untuk melarikan diri daripada pemeriksaan.

SIBU: Seorang penunggang motosikal yang videonya tular kerana ditendang oleh anggota polis cawangan trafik Sibu didapati melakukan beberapa kesalahan trafik termasuk tiada memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, selain dari menunggang motosikal tanpa lesen, cukai jalan motosikal juga tamat tempoh.

“Penunggang motosikal itu juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus trafik dan melakukan pengubahsuaian ekzos.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit mengakui kesalahannya dan tidak mahu membuat laporan polis mengenai kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, Stanley memberitahu, pihaknya akan membuat siasatan dalaman terhadap anggota polis trafik yang terlibat dalam insiden terbabit.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mempunyai lesen memandu yang sah.

“Tindakan membuat pusingan ‘U’ boleh menimbulkan pelbagai andaian seperti seseorang penjenayah yang baharu melakukan jenayah dan melarikan diri daripada ditangkap.

“Anggota trafik tersebut bertugas bersama dua yang lain telah bertindak secara spontan,” ujarnya.

Sementara itu, satu video telah tular di media sosial semalam yang mana kelihatan seorang anggota polis trafik menendang sebuah motosikal yang membuat pusingan ‘U’ untuk melarikan diri dari dibuat pemeriksaan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Temple, Sibu sekitar 12.15 tengah hari semalam (24 Ogos),” jelasnya.

Continue Reading

Previous: Program Tautan Kasih Tanjong Datu kembali ‘berambeh’
Next: Jalan Ulu Suai dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.