Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Venice naikkan bayaran masuk harian kepada €10
  • GLOBAL

Venice naikkan bayaran masuk harian kepada €10

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PELAWAT yang ingin memasuki bandar Venice di Itali untuk lawatan harian perlu membayar bayaran masuk sehingga €10 (AS$11.37) mulai Jumaat. Foto AFP

ROM: Pelawat yang ingin memasuki bandar Venice di Itali untuk lawatan harian perlu membayar bayaran masuk sehingga €10 (AS$11.37) mulai Jumaat, iaitu dua kali ganda daripada kadar ketika skim itu diperkenalkan tahun lepas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bayaran itu dikenakan setiap hari sehingga hujung minggu pertama Mei, dan kemudian pada setiap hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) sehingga akhir Julai. Secara keseluruhan, bayaran akan dikenakan pada 54 hari tahun ini – hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas.

Pelawat perlu mendapatkan kod respon pantas secara dalam talian sebelum ketibaan dan memuat turunnya ke telefon mudah alih.

Pada 2024, Venice menjadi bandar pertama di dunia yang mengenakan bayaran masuk kepada pelawat jangka pendek, seumpama lawatan ke muzium.

Mereka yang masuk tanpa tiket boleh dikenakan denda sehingga €300.

Sistem ini secara umumnya masih sama seperti tahun lepas, namun kekerapan dan kadar bayaran kini meningkat. Pelawat yang membuat tempahan awal hanya perlu membayar €5, manakala pelawat saat akhir akan dikenakan bayaran €10. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penumpang tembak mati perampas pesawat dari Beliza
Next: Sophie ‘ceroboh’ Rumah Putih, tarik perhatian media

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.