Venezuela isytihar darurat susulan gempa bumi

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di sebuah bangunan runtuh di Caracas selepas dua gempa bumi kuat melanda Venezuela pada petang Rabu. Foto AFP

MOSCOW: Venezuela mengisytiharkan darurat berikutan gempa bumi kuat, kata pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Rabu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memaklumkan dua gempa bumi kuat 7.2 dan 7.5 magnitud melanda Venezuela.

Gempa itu berlaku 16 kilometer (km) dari bandar Moron dan 24 km dari San Felipe.

“Kami mengisytiharkan darurat, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan kami,” kata Rodriguez dalam ucapan video pada malam Rabu.

Lapangan terbang utama Venezuela, Maiquetia, ditutup kerana kerosakan teruk, tambahnya.

“Terdapat negeri yang terjejas teruk. Di ibu negara, Caracas, bangunan runtuh di banyak kawasan. Negeri Miranda dan La Guaira juga telah mengalami kerosakan yang ketara (serta) negeri Aragua, Carabobo dan Falcon,” kata Rodriguez.

Beliau berkata 20 gegaran susulan telah direkodkan selepas dua gempa bumi itu.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti