Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Varian Delta mengganas di Jakarta
  • GLOBAL

Varian Delta mengganas di Jakarta

Utusan Sarawak 4 years ago
ORANG ramai beratur mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Jakarta, Indonesia. • Foto AFP

JAKARTA: Badan Penelitian dan Perkembangan Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan sebanyak 617 kes jangkitan Covid-19 akibat penularan varian Delta di Jakarta.

Jumlah itu meningkat secara mendadak dengan 302 kes dicatatkan pada 16 Ogos lalu sebelum meningkat 617 kes kelmarin.

Lapor AFP, peningkatan itu bersamaan 100.4 peratus atau dua kali ganda dalam tempoh lima hari.

Kesemua kes tersebut dikesan berdasarkan ujian Whole Genome Sequence (WGS) yang dijalankan terhadap 1,286 spesimen yang diperoleh di bandar ini.

Jakarta menjadi antara wilayah yang paling banyak melakukan ujian WGS berbanding 33 wilayah lain.

Biarpun kes jangkitan varian Delta meningkat di Jakarta, jumlah keseluruhan kes di bandar raya ini masih merekodkan penurunan.

Jika sebelum ini kes harian kumulatif direkodkan sebanyak 8,942 dalam tempoh seminggu dari 9 hingga 15 Ogos, kini kes menurun kepada 5,490 dari 16 hingga 22 Ogos.

Kes kematian akibat virus maut itu juga menurun dari 252 kepada 151 dalam tempoh seminggu.-AFP

Continue Reading

Previous: Ribuan penduduk terputus bekalan elektrik
Next: FDA beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.